BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 Disember 2009

Isnin, 14 Disember 2009




*MAKLUMAN : KEPADA MAHASISWA YANG MENGAMBIL USRAH,

MERIT USRAH AKAN DIAMBIL PADA HARI KEJADIAN

*TARIKH PENDAFTARAN : BERMULA SEKARANG HINGGA 18/12/2009

*TEMPAT : LALUAN FAKULTI FBMK & RUANG LEGAR AUDITORIUM KUIS

*BAYARAN : RM10 (PELAJAR), RM20 (KAKITANGAN)

*MAKANAN DAN SIJIL DISEDIAKAN

TERIMA KASIH.

Program Jom Solat

Isnin, 23 November 2009

Bilik Gerakan


Assalamualaikum,

Kepada Semua Mahasiswa KUIS.
Bilik Gerakan MPQ akan dibuka di Qaryah siswa/siswa.
bilik gerakan berada di parcel 3 siswa dan parcel 9 siswi
sebarang masalah sila rujuk kepada MPQ di qaryah masing-masing.

Jumaat, 20 November 2009

Selasa, 20 Oktober 2009

Rabu, 14 Oktober 2009

Adakah pemakaian PURDAH selamat sekarang???


Kelantan sedia haramkan purdah

Pakaian tutup muka disalah guna sesetengah pihak ancam keselamatan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia mengharamkan pemakaian purdah di negeri ini, jika didapati boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambil bersetuju dengan Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang melarang pelajar wanita memakai purdah dari memasuki institusi pendidikan itu, Nik Abdul Aziz berkata, pemakaian purdah kini sering disalah guna pihak tertentu untuk mengancam keselamatan.

"Saya sudah sebut lama, Islam hanya minta perempuan tutup aurat, bagi saya tak pernah disebut tutup muka, menutup aurat itu macam pakaian ketika nak sembahyang iaitu pakai telekung.

"Saya tak kata haram tutup muka (pemakaian purdah), tetapi dalam keadaan sekarang ini sabotaj banyak, orang lelaki pakai purdah hingga polis tak kenal dia lelaki atau perempuan di negeri yang banyak letupan bom.

"Kalau kena Kelantan pun saya kata haram pakai purdah, tak tahu lelaki ke perempuan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut, Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi, merancang mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Laporan itu menyebut, seorang pegawai keselamatan berkata, polis menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung dari memasuki institusi di bawah al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman itu adalah atas sebab keselamatan. Kebanyakan ulama berpendapat, purdah tidak wajib tetapi hanya adat resam diamalkan masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Mohammed Sayyed kerana kebelakangan ini banyak cubaan pihak tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu perkara dengan berselindung di sebalik pemakaian purdah.

"Saya setuju (dengan Mohammed Sayyed) kerana keselamatan, terserahlah kepada pemakai itu pula, yang Islam nak tutup aurat, iaitu bagi perempuan muka dan tangan boleh buka," katanya.

Mengulas mengenai kes jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat di Kelantan, beliau berkata, ia antara lain disebabkan kesan negatif televisyen yang tidak menerapkan nilai murni dalam rancangan yang disiarkan selain lambakan cakera padat video (VCD) lucah.

"Kita bagi ajaran agama, jenayah ini golongan muda, merompak sana-sini, sembahyang pun tidak puak-puak ini, air muka keruh tak kena air sembahyang, puak inilah yang menyusahkan polis dan orang kampung.

"Televisyen asyik siar cerita hantu, samun... televi-syen ini bukan kerja kerajaan negeri, sebaliknya kerja (usaha) Kerajaan Pusat, kesungguhan untuk jalankan kerja kerohanian dan nilai murni tak ada. VCD lucah ini, merata kampung... dukacita sungguhlah," katanya.

Khamis, 8 Oktober 2009

Selasa, 29 September 2009

PENGUMUMAN


tanda_jalan
Untuk makluman, KUIS akan melaksanakan JALAN SEHALA bermula pada 12 Oktober 2009.
Sila patuhi papan tanda jalanraya/ papan tanda arah yang akan disediakan. Kerjasama dan komitmen penuh yang akan diberikan adalah untuk keselesaan akan datang.

Sila Klik Di Sini Untuk Melihat Peta

Rabu, 9 September 2009

Promosi

Promosi Al-Quran Al karim Terjemahan
Menggunakan Klip bermagnet,boleh dibawa kemana shj.
mempunyai 4 warna,30 juzuk.
bernilai RM50 setiap 1
Hubungi 0134926857
dapatkn sekarang....

Selasa, 8 September 2009


Sebarang masalah/kesulitan sila berjumpa dengan MPQ Qaryah.tq.

Isnin, 7 September 2009

Pengambilan sesi baru-kuis

kuiscell

Tahniah

merdeka ke -52

Pemakluman Penempatan Asrama

Pemakluman PenempatanAsrama

Kepada Mahasiwa/wi KUIS

  1. Penempahan (Reservation Asrama Boleh Dibuat melalui Portal Pelajar dalam Panel Asrama (hostel) Mulai 3/9/2009 - 11/9/2009.
  2. Mulai sesi september 2009/10 semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama B.O.T.,ketetapan parsel adalah seperti berikut:

  • Parsel 1,2,3,4,5 (Pelajar Siswa)
  • Parsel 6,7,8,9,10 (pelajar Siswi)

Pelajar yang GAGAL membuat penempahan pada tarikh yang ditetapkan,pihak unit kediaman akan membuat penetapan untuk para pelajar.Sebarang pertukaran tidak akan dilayan,

3. Sila rujuk carta aliran di dalam portal sebagai rujukan proses penempahan asrama

Sila rujuk Laman www.jpmkuis.com

Kerjasama anda amat dihargai.

untuk maklumat Checkout rujuk di:

http://www.jpmkuis.com/unitkediaman

Rabu, 19 Ogos 2009


Sebarang masalah/kesulitan sila berjumpa dengan MPQ Qaryah.tq.

MPQ Block B

Sebarang masalah / kesulitan sila berjumpa dngan MPQ Block.tq.

MPQ Block C

Sebarang masalah sila berumpa dengan mpq block.tq.

Rabu, 5 Ogos 2009

Nasihat



Doa Rasulullah saw di malam pertengahan bulan sya'ban..'Telah sujud kepadamu kegelapan malam dan diriku ini , telah beriman kepadamu sanubariku, aku mengiktirafi akan nikmat2 yang telah engkau kurniakan, aku mengiktirafi dosa2ku kepadamu, aku telah menzalimi diriku sendiri (dengan melakukan maksiat) maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa2 melainkan engkau, aku berlindung dengan keampunanmu dari azabmu dan aku berlindung dengan keredhaanmu dari kemurkaanmu dan aku berlindung denganmu sahaja, tiada upaya aku menghitung pujian untukmu, engkau adalah sepertimana engkau memuji dirimu sendiri.'

Selasa, 4 Ogos 2009

PENGUMUMAN..


OPERASI KUIS DITUTUP MULAI 4 OGOS HINGGA 10 OGOS 2009 UNTUK MENANGANI PENULARAN VIRUS H1N1.
HARAP MAKLUM.

Isnin, 3 Ogos 2009

MAKLUMAN

Berhubung dengan masalah yang berlaku tempoh hari di BOT siswi, pihak kami MPM, ALAM, dan MPQ tidak terlibat secara langsung dalam SPORT CHECK yang dilakukan. Semua yang berlaku adalah semata-mata khabar angin. Ini adalah berpunca daripada SPORT CHECK yang dilakukan oleh Fellow blok A dan SPORT CHECK ini hanya dilakukan di Blok A sahaja. Ianya dilakukan atas dasar tanggungjawab fellow tersebut terhadap penghuni qaryahnya.

Sebarang kekeliruan yang berlaku ini adalah semata-mata khabar angin yang hendak melaga-lagakan persatua-persatuan di KUIS ini. Sekiranya kejadian ini benar-benar berlaku di BOT Siswi, kami meminta agar mangsa-mangsa yang terlibat tampil untuk memberikan keterangan kepada kami (MPM) atau berhubung terus kepada Jabatan Pembangunan Mahasiswa atau Pengerusi Alam..

Kerjasama anda amatlah kami harapkan.
Sekian Terima Kasih..

Biro Kebajikan Siswi


ASSALAMUALAIKUM
Perhatian Kepada Seluruh Mahasiswa KUIS
Pada 4 Ogos 2009 akan diadakan ujian saringan H1N1 di KLINIK ANNISA pada jam 9 pagi bagi pelajar yg sakit demam batuk dan selsema.
Sila jalani ujian tersebut..kerjasama anda amat dihargai.

Ahad, 2 Ogos 2009

selamat datang




Jumaat, 17 Julai 2009

SELAMAT BERKONVOKESYEN.......

DATANG TAU.....

Khamis, 16 Julai 2009

carta MTPQ

Sabtu, 27 Jun 2009

konsert antara dunia

















Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia &
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam

Harga Tiket

Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP,
berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk
adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.

Jumaat, 26 Jun 2009

kuis

Khamis, 25 Jun 2009


Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Segala Puja dan Puji selayaknya bagi Allah Taala, tuhan yang telah mencipta langit dan bumi, siang dan malam, lautan dan daratan, dan segala makhluk yang bernyawa ataupun tidak. Bersyukur kita padaNya kerana masih lagi sudi meminjamkan secubit nikmat daripada timbunan-timbunan nikmat yang berada di sisiNya ke bumi yang tua ini untuk kita nikmati bersama. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

Kecemerlangan akademik merupakan satu destinasi impian setiap penuntut ilmu. Ianya hanya mampu dicapai dengan usaha yang gigih dan tawakkal yang kental kepada Yang Esa. Namun, tidak memadai jika kecemerlangan itu hanya dating dan pergi begitu sahaja kerana sebaik-baik kejayaan ialah kejayaan yang berterusan dan kekal. Oleh itu, apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan yang berterusan adalah KEBERKATAN. Dengan adanya keberkatan segala aktiviti yang dilakukan akan menjadi mudah dan lancar. Beban yang berat akan dirasa ringan. Segala kebuntuan akan dibentangkan jalan penyelesaiannya. Redha Allah dan Rasul, ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling, itulah yang perlu direbut oleh penuntut ilmu hak. Adab yang baik, akhlak yang mulia dalam pergaulan juga amatlah penting kerana ia sebagai kayu pengukur kepada peribadi seseorang muslim. Tahap Intelektual seseorang itu tidak akan dapat diukur dari lahiriahnya, akan tetapi yang dapat dilihat hanyalah budi pekerti yang baik yang dilahirkan melalui pertuturan dan perbuatan. InsyaAllah dengan adanya keberkatan ini, kejayaan dan kecemerlangan yang datang akan setia bersama kita selamanya.

MOHAMMAD AZRAI BIN ABDUL RAZAK

YANG DIPERTUA

MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN QARYAH
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.